Sabtu, 17 Januari 2009

ALLAHU AKBAR


Allahu Akbar Allahu Akbar
Allahu Akbar Allahu Akbar

Putera puteri Islam harapan agama
Demi Islam marilah bersama
Hakimiah Lillah kita terima
Barulah hidup adil saksama

Binalah persatuan hindarkan pertikaian
Menuju persatuan kalam Tuhan

Kalam suci menyatukan perpaduan
Maju serentak membela kebenaran
Demi agama , ummah dan keadilan
Hukum Allah tegakkan

Pemuda pemudi Islam bangunlah
Demi agama sedarlah
Wasiat Muhammad peganglah
Harta dan jiwa rangkunglah

Mari kita memuji , mari kita memuja
Tegakkan persatuan kalam Tuhan

Kalam suci menyatukan persatuan
Maju serentak membela kebenaran
Demi agama , ummah dan keadilan
Panggilan jihad hidupkan

PEMUDA HAK


Kembalilah pemuda haq
Pada Allah berdoalah
Berjuang untuk agama
Pertolongankan bersama

Nyawa kami untuk Allah
Pemilik alam semesta
Ajal kami ditentukan
Beriman pada Al Quran

Beribadat siang malam
Diselubungi tangisan
Tentera kuat gemilang
Jauh dari penghinaan

Berjihad setiap masa
Mengharungi belantara
Hanya Allah tujuannya
Mencari keredhaanNya

Ikutilah saudaraku
Petunjuk yang sudah tentu
Berjuanglah bersamaku
Tegakkan panji Ad Din mu

Tegakkanlah kebenaran
Hapuskanlah kebathilan
Hanya Allah penolongmu
Dunia juga akhirat

LAUNGKANLAH NAMA ALLAH


Laungkanlah nama Allah yang suci
Pencipta yang hidup kekal abadi
Teruskan berjuang demi Ilahi
Andai kau syahid iman mu terbukti

Hidup muslimin penegak agama
Bersatu bersama menentang durjana
Berazam teguh takut pada yang Esa
Rasul petunjuk penerang semua

Wahai pemuda tentera Ar Rahman
Islam hauskan jasa mu semua
Sebarkan Ad Din dakwah yang mulia
Dengan nama Allah pastikan berjaya

Aklak muslimin tiada bandingan
Bukan sehari tapi berkekalan
Al Quran petunjuk hidup muslimin
Jihadlah tiang Ad Din yang mulia

Mujahid Allah pastikan berjaya
Suka menanti Islamkan berdiri
Tiada gentar teruskan berjuang
Teguh bersama mulia kebenaran

MASYARAKAT ISLAM


Masyarakat Islam telah bermula
Asasnya telah mula nyata
Dibangunkan oleh pemudi pemuda
Melalui dakwah merata-rata

Tunggulah masa dan ketikanya
Tenaga-tenaga itu sedang bekerja
Setiap masa di pelusuk negara
Yang akan menggempar seluruh dunia

Iman dan ukhuwwah sebagai asasnya
Mesti ditanam di dalam jiwa
Setiap peribadi mesti memilikinya
Dari situ melagang keluarga

Al Quran dan sunnah sebagai sumbernya
Mesti diamalkan setiap masa
Menggantikan dustur yang ada
Yang telah merosak kehidupan manusia

Jumaat, 16 Januari 2009

BARISAN JIHAD


Barisan jihad pemuda Islam
Mara ke medan maju ke hadapan
Bersama seruan Allahu Akbar
Allahu Akbar Allahu Akbar

Menjadi syuhada itulah idaman
Menyahut seruan utusan Tuhan
Tegakkan keadilan demi kebenaran
Menentang kemungkaran sepanjang zaman

Allahu Akbar Allah Maha Besar
Bangunlah wahai barisan jihad
Mara ke medan maju ke hadapan
Menjadi syuhada itulah harapan

Biar merah di bumi Allah
Dengan darah para syuhada
Biar merah berlumuran darah
Jangan undur walau selangkah

Tunaikanlah segala kewajipan
Yang ditentukan Rasul pilihan
Umat mulia warisan Anbiyaa’
Cintakan akhirat zuhudkan dunia